Thursday, December 21, 2017

Masalah Deposit Dan Withdraw Di Luno

Masalah Deposit Dan Withdraw Di Luno

Pada 18 Disember 2017 yang lalu, Luno mengeluarkan notis bahawa mereka sedang menghadapi isu dengan BNM di mana mereka menghadapi masalah untuk urusan keluar masuk wang malalui bank Maybank mereka.

mASALAH DEPOSIT DAN WITHDRAW DI LUNO

Dari masa ke semasa, pihak Luno akan update sebarang progress mereka dengan pihak bank.

mASALAH DEPOSIT DAN WITHDRAW DI LUNO

Bukan sahaja Luno, beberapa exchanger lain yang menyediakan servis tukaran Bitcoin ke tunai direct dengan bank di Malaysia akan menghadapi masalah yang sama.

mASALAH DEPOSIT DAN WITHDRAW DI LUNO

Hal ini bukan bermakna Mata wang Digital atau Bitcoin tidak dapat digunakan di Malaysia, ia hanya sebagai langkah untuk memantau penggunaan mata wang digital Bitcoin ini di malaysia agar lebih telus (Ada 'masuk' = Telus)

Masalah di Luno bukan lah masalah yang membabitkan Bitcoin, Tiada sebarang masalah dalam memindahkan Bitcoin sesama pengguna, ia hanya membabitkan isu di antara pengendali tukaran mata wang digital Bitcoin dengan Bank pusat Malaysia.



Alternatif lain untuk berjual beli Bitcoin di Malaysia

Sesiapa sahaja mampu mendapatkan Bitcoin tanpa bergantung kepada pihak ketiga atau Bank dan sememangnya itu adalah sifat Bitcoin. Selain membeli atau menjual bitcoin menggunakan pihak ketiga seperti Luno, anda masih boleh membeli atau menjual Bitcoin sesama pengguna Bitcoin sesuai dengan harga yang di persetujui. Ada penawaran ada permintaan, deal. Asalkan jangan tertipu. Sentiasa berurusan dengan pihak yang anda percayai seperti rakan rakan atau individu yang boleh anda track identiti mereka.

Selain dari itu, anda masih boleh berjual beli Bitcoin melalui perkhidmatan Remitano.
Remitano bersifat hampir sama dengan LUNO tetapi sedikit berbeza. Jika di LUNO, LUNO yang akan menguruskan transasksi jual beli Bitcoin, deposit ke akaun bank LUNO, dan terima tunai dari bank atas nama LUNO, tetapi di Remitano, transasksi jual beli Bitcoin adalah secara direct antara 2 pihak. Pembeli akan transfer wang ke akaun bank penjual Bitcoin, penjual Bitcoin akan transfer Bitcoin ke wallet Bitcoin Remitano si pembeli. Remitano hanya orang tengah yang mengawal transaksi tersebut agar tiada sebarang penipuan berlaku. Dan untuk memboleh anda membeli atau menjual Bitcoin melalui Remitano, anda perlu memberikan detail detail peribadi kepada pihak Remitano untuk tujuan keselamatan Transaksi in-case berlaku perkara yang tidak diigini.

Di Remitano anda boleh membuat urusan transaksi Bitcoin secara langsung atau secara bidding.

Untuk mendaftar di Remitano, klik link di bawah.


Selepas mendaftar, sila sahkan identiti anda dengan memberikan segala maklumat dan dokumen seperti yang di minta. Selepas identiti anda di sahkan, anda sudah boleh mula membeli dan menjual Bitcoin anda.

Cara membeli Bitcoin di Remitano

1. Cari senarai 'Seller' dan pilih yang anda ingin deal. Senarai paling atas adalah Seller yang paling murah. Pilih 'Seller' yang identiti sudah di verified untuk keselamatan. Contoh list 'Seller' seperti di bawah

ALTERNATIF LAIN JUAL BELI BITCOIN SELAIN LUNO REMITANO

2. Setelah anda memilih siapa 'Seller' yang ingin anda berurusan, lakukan bayaran ke akaun bank 'Seller' tersebut mengikut kuantiti yang ingin anda beli dan harga yang telah di tetapkan dan tunggu Bitcoin di pindahkan ke Wallet Bitcoin anda atau Wallet Bitcoin Remitano anda seperti yang anda set.

ALTERNATIF LAIN JUAL BELI BITCOIN SELAIN LUNO REMITANO

Cara Menjual Bitcoin Di Remitano

Jika anda ingin menjual Bitcoin anda pula, anda cari dan pilih list 'Buyer' yang sudah bersedia untuk membeli Bitcoin anda. Klik pada 'Buyer' yang ingin anda jual bitcoin anda dan QR Code wallet 'Buyer' akan di berikan. Transfer Bitcoin anda ke wallet Address 'Buyer' dan tunggu 'Buyer' Transfer duit ke akaun bank anda. Pastikan anda telah set akaun bank anda di dalam akaun Remitano anda.

ALTERNATIF LAIN JUAL BELI BITCOIN SELAIN LUNO REMITANO
Kekurangan Remitano dari LUNO adalah ada had minima untuk jual dan beli Bitcoin dari setiap penjual/pembeli yang telah mereka set berbanding di LUNO.


No comments:

Post a Comment

Pengomen Terbaik