Sunday, November 26, 2017

ICenter | Pelaburan Serampang 2 Mata

7:22 AM 0

ICenter | Pelaburan Serampang 2 Mata

Sebelum ini admin dah menceritakan tentang konsep pelaburan ICenter disini dan keunikan program ICenter disini. Kali ini admin akan ceritakan 1 lagi kelebihan membuat pelaburan bitcoin di ICenter ini.

Di ICenter, pembayaran modal pelaburan, profit dan pengeluaran menggunakan Bitcoin.

Modal pelaburan : Modal pelaburan adalah dalam bentuk Bitcoin iaitu minima 0.01 Bitcoin yang mana bila anda ingin melabur, Wallet Address ICenter akan di berikan melalui BOT Telegram ICenter anda.


Profit yang di masukkan ke akaun ICenter anda juga adalah dalam bentuk Bitcoin iaitu 1.2% sehari daripada modal Bitcoin anda. Jika modal anda 1 Bitcoin, profit anda sehari adalah 0.012 Bitcoin.


Apabila anda ingin membuat pengeluaran, juga menggunakan Bitcoin. Minima pengeluaran adalah 0.01 Bitcoin.

Seperti yang kita semua telah maklum bahawa harga bitcoin adalah tidak tetap, ada turun naik (cenderung menaik). Di ICenter, transaksi di kira berdasarkan bitcoin, bukan USD. Di sinilah kelebihan program pelaburan online ICenter ini.

Apa kelebihannya dan apa yang di maksudkan dengan serampang 2 mata?

Katakan anda join ICenter pada 1 November 2017 dengan modal 1 Bitcoin sebagai contoh.
Pada 1 November 2017, 1 Bitcoin bernilai USD6560


Setiap hari anda akan mendapat profit dalam bentuk bitcoin. Sehari 0.012 Bitcoin selama 120 hari daripada modal 1 Bitcoin anda.

Katakan pelaburan tamat Pada 25 November 2017 (contoh), nilai 1 Bitcoin telah mencecah USD8690 Bitcoin


Pada 25 November 2017 beranggapan pelaburan telah tamat dan total bitcoin yang telah anda miliki di dalam pelaburan bitcoin ICenter ini adalah 1.44 Bitcoin termasuk modal.

Disini anda mendapat 2 keuntungan.
1. Keuntungan atas kenaikan harga Bitcoin
2. Keuntungan atas kuantiti Bitcoin.

Keuntungan atas kenaikan harga bitcoin di mana pada waktu anda menyertai ICenter 1 Bitcoin bernilai USD6560, Sewaktu pelaburan anda tamat dan anda dapat semula 1 Bitcoin anda, pada waktu tersebut 1 Bitcoin telah meningkat kepada USD8690, disini keuntungan atas harga Bitcoin sahaja adalah sebanyak USD2130

Keuntungan atas kuantiti pula, di ICenter dari 1 Bitcoin, kini anda telah mempunyai 1.44 Bitcoin
Yang mana 1.44 Bitcoin bernilai USD12,513 jika 1 Bitcoin bernilai USD8690.

Modal asal dalam tunai adalah USD6560... selepas 120 hari dapat 1.44 Bitcoin senilai USD12,513.

Inilah yang di maksudkan serampang 2 mata. Untung atas kenaikan harga dan kuantiti bitcoin.

*********************************

Pengiraan dan tarikh di atas hanya sebagai contoh untuk memudahkan pemahaman.
Jika hanya di lihat pada kenaikan harga Bitcoin, 120 hari adalah 1 tempoh yang mana akan berlaku banyak kenaikan harga dalam Bitcoin.

Klik banner di bawah untuk mendaftar (Pastikan anda sudah mendownload Telegram) atau hubungi admin melalui Chat Box jika ada sebarang pertanyaan

jana bitcoin dengan iCenter

Apa Itu ICO

12:06 AM 0

Apa Itu ICO | Initial Coin Offering

ICO adalah singkatan kepada Initial Coin Offering atau dalam bahasa melayu Penawaran Awal Coin/Syiling dan semesatinya ianya merujuk kepada coin atau syiling dan dalam matawang digital ianya merujuk kepada Altcoin. Hampir sama seperti IPO, Initial Public Offering tetapi IPO merujuk kepada pemilikan saham sesebuah syarikat. Konsep asas ICO dan IPO hampir sama iaitu membeli pada waktu harga rendah, dan menjualnya pada waktu harga tinggi.

Pada hari ini jika anda perasan, terdapat banyak ICO ICO yang di tawarkan, hampir setiap hari ada sahaja ICO untuk coin atau mata wang digital baru yang di keluarkan oleh developer atau pembangun mata wang digital tersebut.

ICO pertama yang di tawarkan adalah pada tahun 2013 iaitu coin MasterCoin (OMNI).
Coin Ethereum adalah coin yang paling berjaya dalam penawaran ICO nya sewaktu kemunculannya yang mana pada hari ini (sewaktu post ini ditulis) harga Ethereum telah mencatat harga USD454.43 atau 0.05029430 coin. Sewaktu ICO untuk coin ethereum ini di tawarkan, harganya kurang dari USD5 per coin.

Apa maksud ICO initial coin offering

Apa tujuan ICO?


ICO kebiasaannya di tawarkan oleh developer satu satu coin cryptocurrency tersebut untuk mendapatkan dana bagi mengembangkan projek yang akan di jalankan ke atas coin crypto yang mereka hasilkan.

Apa Keuntungan ICO?


Bagi para developer, melalui ICO mereka dapat mengumpulkan dana dari penjualan coin mereka yang mana dana tadi akan di gunakan untuk projek projek coin mereka. Katakan sewaktu ICO, jumlah coin yang ditawarkan adalah 50,000 coin pada harga USD1 per Coin, jika kesemua coin tersebut di beli sewaktu ICO, berapakah dana yang dapat di kumpulkan oleh developer? USD50,000

Bagi para pembeli atau pelabur coin tersebut yang membeli sewaktu ICO, mereka akan mendapat keuntungan dari segi kenaikan harga coin tersebut apabila coin tersebut telah masuk ke dalam market atau Exchanger. Dalam contoh Ethereum, seawal kemunculannya pada tahun 2015, harganya kurang dari USD5, sekarang harga 1 coin Ethereum mencecah USD454. Jika sewaktu ICO, seseorang itu membeli 100 coin Ethereum pada waktu ICO dan menyimpannya hingga ke hari ini. Berapakah keuntungan yang telah di jana? 2015 - 2017.. hanya 2 tahun.

Sebab itu jika hari ini, terdapat banyak ICO ICO yang di tawarkan ke atas coin coin baru yang di hasilkan dan mereka yang tahu tentang ICO akan berebut rebut untuk mendapatkan coin tersebut sewaktu ICO di lancarkan.

Apa Risiko ICO

Di sebalik keuntungan yang bakal di perolehi dari ICO, ianya mengandung risiko yang amat besar kepada para pelabur. Salah satu risiko nya adalah SCAM. Di dalam ICO, pelabur akan menyerahkan wang atau bitcoin atau dana kepada developer tersebut dengan harapan harga coin tersebut akan naik, seandainya developer tersebut berniat untuk melakukan SCAM, pelabur akan alami kerugian 100% ke atas coin tersebut tanpa ada sebarang projek yang di jalankan ke atas coin tersebut. Umpama membeli coin yang tiada nilai.

Untuk mengelakkan SCAM, adalah penting untuk menilai satu satu coin yang di tawarkan sewaktu ICO, kebiasaanya segala ciri-ciri coin, hala tuju coin, objektif penghasilan coin, siapa developer coin akan di ceritakan di dalam 'WhitePaper'

Bagaimana untuk mengetahui ICO ICO yang sedang di tawarkan dan bagaimana untuk menilai coin tersebut? Anda boleh layari web ICOreview, ICO-List dan beberapa lagi.

*********************************************

Post ini adalah rentetan daripada program Laser Online yang mana pada waktu in, proses withdraw di hentikan sementara untuk Laser Online fokus di dalam ICO yang akan mereka lancarkan pada 1 Disember 2017

Apa itu ICO


Thursday, November 23, 2017

BNM Mengawal Selia Mata Wang Digital

7:49 AM 0

Bank Negara Malaysia Bakal Mengawal Penggunaan Mata Wang Digital

Bank Negara Malaysia Mengawal Penggunaan Mata Wang Digital Crytocurrency


KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) sudah melaksanakan kerja asas bagi pembangunan struktur pengawalseliaan untuk mata wang digital.

Gabenor BNM, Tan Sri Muhammad Ibrahim, berkata mulai tahun depan, bank pusat itu menetapkan entiti yang menukar mata wang kripto kepada mata wang tunai akan termaktub di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

"Langkah ini bagi mengelakkan penyalahgunaan sistem untuk aktiviti jenayah dan menyalahi undang-undang, selain memastikan kestabilan serta integriti sistem kewangan.

"Kita harus bersiap sedia kerana banyak pakar dan mata wang digital akan menjadi satu norma kepada kehidupan kita.

"Kemunculan mata wang digital seperti yang dijangkakan dianggarkan oleh beberapa pihak akan menandakan permulaan era baru dalam sektor kewangan.

"Sebagai pihak berkuasa, kita menyedari perkembangan ini," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Kemuncak Anti-Pembiayaan Keganasan ke-Tiga, di sini, hari ini.

Persidangan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Yang turut hadir, Menteri Kehakiman Australia, Michael Keenan serta Menteri Koodinator Politik, Undang-undang dan Keselamatan Indonesia, Wiranto.

Sumber
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/11/353854/struktur-kawal-selia-mata-wang-digital-bnm

****************************************

Amacam? BNM mula nak mengawal selia penggunaan mata wang digital?
Apakah akan ada masalah dalam penggunaan mata wang digital ini atau lepas ni dah tak boleh sewenang wenangnya menggunakan mata wang digital ini?

Akhir akhir ni je BNM sibuk nak pantau penggunaan mata wang digital atau Crytocurrency ni sebab penggunaan dia makin lama makin meluas dan dah ramai rakyat malaysia yang buka mata tentang mata wang digital crytocurrency ni dan kadang kadang pening dengan keputusan BNM ini. Sekejap boleh guna, sekejap salah, sekejap scam, sekejap itu sekejap ini..

Memang betul ada juga keburukan Mata Wang Digital ini, tetapi ada juga kebaikannya.
Bagi pihak BNM, mereka lihat penggunaan Mata Wang Digital Cryptocurrency ni memang perlu di pantau lah kerana penggunaan dia turut melibatkan wang fiat sebab di penghujung penggunaan mata wang digital ini, tetap kena tukar dengan wang fiat sebab penggunaan mata wang digital ini dalam urusan jual beli belum meluas.

Yang BNM nak pantau bukannya mata wang digital tu, tapi keluar masuk wang fiat dalam penggunaan mata wang digital ini, sebab itu penggunaan mata wang digital ini atau penukaran mata wang digital ini di letakkan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.

Yang menjadi masalah nya adalah penggunaan Mata Wang Digital ini tidak dapat di kesan.
Wang fiat mengalir ke mata wang digital ini, tetapi mata wang digital tu tak tau mengalir ke mana, apa tujuan trasasksi mata wang digital tersebut di lakukan. Jual beli dadah ke? Beli senjata ke? Derma ke? hehe... Memang tak dapat track transasksi mata wang digital ini. Bila tak dapat track dan tak tau mata wang digital itu mengalir ke mana, jadi BNM tak leh 'makan' ler? Cukai derrrrr...
Nak cukai, cukai atas apa??

Jadi macam mana BNM nak pantau dan "makan" sikit dari penggunaan mata wang digital ni??
Nin diaaaa.... hahaha... 

Bank Negara Malaysia Mengawal Penggunaan Mata Wang Digital Crytocurrency

Walaubagaimanapun..... Dalam penggunaan mata wang digital cryptocurrency ini, banyak je cara nak tukarkan mata wang digital ini kepada tuani atau wang fiat tanpa melalui BNM. hehehe...

Betul la mengawal selia penggunaan mata wang digital ni perlu juga...
Untuk menjaga ekonomi negara juga dari ketirisan fiat..
Tapi rakyat pun nak menumpang sikit peluang buat duit dengan Mata Wang Digital ni...
Bukan semua rakyat Malaysia senang... Baru nak senang, kena hadap cukap pula.. Hhuhuhu...
Selagi boleh kikis, kikis sampai habis... hehe

Alasan penggubahan wang haram, Pembiayaan Keganasan, Aktiviti Haram tu...
Dalam penggunaan wang fiat pun berlaku benda benda tu... Alasan tu tak logik. :)

Tak perlu takut untuk mendalami teknologi kewangan baru ini juga tak perlu takut untuk memilikinya selagi tak buat kesalahan dalam penggunaannya... :)

Wednesday, November 22, 2017

Keunikan Pelaburan Bitcoin ICenter

3:38 AM 0

Keunikan Pelaburan Bitcoin ICenter

Sewaktu admin menulis post ini, admin ada menyertai 2 lagi pelaburan online yang lainnya iaitu Laser Online dan Chain Group Escrow Service dan di antara ke tiga tiga pelaburan online bitcoin ini, ICenter adalah perlaburan yang terbaik, paling transparent, dan unik berbanding Laser Online dan Chain Group Escrow Service. Boleh lihat serba sedikit penerangan tentang ICenter di post ini.

Di ICenter, risiko untuk mengalami kerugian adalah sangat minima jika di lihat pada
konsep pelaburan yang mereka bawakan kerana ICenter yang bertindak sebagai orang tengah di antara projek projek pelaburan yang mereka sertai dengan para pelabur dan mereka melabur lebih dari 30 projek pelaburan yang sememangnya dapat memberikan keuntungan. Senadainya ada projek yang tidak menjadi, ICenter masih mempunyai backup di dalam projek projek lainnya. Ini keunikan ICenter berbanding program pelaburan online bitcoin yang lain yang hanya bergantung pada 1 projek atau program itu sendiri.

Itu keunikan pertama yang ada pada ICenter.. Keunikan kedua adalah... ICenter sering membuat promosi atau memberikan bonus kepada para ahlinya.

Antara promosi yang pernah mereka berikan adalah :




Sewaktu post ini di tulis, promosi yang sedang berjalan adalah Give Away USD5000 dan Bonus atas modal pelaburan sehingga USD10K



Untuk promosi USD5000 Give Away ini, pihak ICenter meminta ahli like komen, dan share post mereka di FB Page mereka dan mereka akan memilih secara rawak untuk memenangi hadiah USD100 :)




Untuk promosi Bonus atas pelaburan ini pula adalah mana mana ahli yang membuat pelaburan dari tarikh promosi sehingga 23 November 2017 waktu UK :)

Lihat bukti di bawah



salah seorang rakan admin dapat bonus USD50.. :)


Di antara ICenter, Chain Group dan Laser Online, admin sangat recommend ICenter :)

jana bitcoin dengan iCenter

Tuesday, November 21, 2017

Ketelusan Program Pelaburan Chain Group

10:13 PM 0

Chain Group
Program Pelaburan BitcoinYang Boleh Di Percayai

Sebelum ini saya ada menerangkan sedikit mengenai program pelaburan online Chain Group Escrow Service yang telah pun berjalan sejak Disember 2016 dan masih berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah sehingga sekarang yang sudah hampir setahun sewaktu post ini di tulis.
Dan sekiranya ada sebarang masalah, pihak Chain Group Escrow Service akan maklumkan kepada para pelabur mereka.

Jika di lihat sekilas pandang pada web program Chain Group Escrow Service ini, web mereka tersangat simple tetapi penuh dengan maklumat dan detail tentang program yang di jalankan, boleh rujuk post saya disini tentang beberapa maklumat yang di berikan oleh pihak Chain Group Escrow Service kepada para pelabur.  Tidak seperti program program pelaburan online yang lain yang hanya gah dari segi web design tetapi dari segi maklumat program hanya sekadar melepas batuk di tangga.

Mengapa saya katakan pelaburan Online Chain Group Escrow Service ini telus..??
Salah satu nya adalah mereka memberikan maklumat berkenaan program ini dengan sangat detail. Boleh lihat di bahagian "Term of Service" di web Chain Group.

Keduanya dari yang dapat saya perhatikan, jika ada sebarang masalah atau perubahan atau apa apa maklumat baru, pihak Chain Group Escrow Service akan maklumkan melalui akaun Twitter mereka. Sebagai contoh... pernah satu ketika pihak Chain Group mengalami sedikit masalah dengan Merchant pembayaran iaitu CoinPayment, pihak Chain Group tanpa selindung selindung menceritakan masalah yang di alami dan memperbaiki kelemahan tersebut dengan menukar merchant pembayaran.


pelaburan bitcoin online terbaik

Begitu juga sewaktu isu kelewatan pembayaran...

pelaburan bitcoin online terbaik
pelaburan bitcoin online terbaik

Sewaktu sistem blockchain ada gangguan pada bulan November 2017 baru baru ini, pihak Chain Group Escrow Service telah memaklumkan dan mengingatkan kepada para pelabur bahawa profit yang bakal di terima mungkin akan mengalami kekurangan tidak seperti kebiasannya dan pada waktu tersebut, sememangnya sistem blockchain mengalami gangguan di mana harga bitcoin merudum jatuh, jumlah 'Uncomfirm Trasaction' yang meningkat, transaction fee yang meningkat yang sedikit sebanyak menggangu bitcoin trading pihak Trader Group.

pelaburan bitcoin online terbaik
pelaburan bitcoin online terbaik


Ini lah yang saya maksudkan dengan ketelusan.

Selama saya berada di dalam pelaburan online bitcoin Chain Group Escrow Service ini, tiada lagi sebarang masalah yang menyulitkan... Jika ada, akan segera di selesaikan dan sebarang update akan di berikan.

Anda rasa mengapa mereka ini berani melabur dengan sebegitu banyak di Chain Group Escrow Service?

pelaburan online bitcoin Chain Group Escrow Service tipu

Jawapannya ada disini


Monday, November 20, 2017

Laser Online Waiting Status

8:32 PM 0

Laser Online Bakal Scam?

Laser Online telah memulakan platform pelaburan online mereka pada 29 Jun 2017. Sehingga tarikh 10 November 2017, Laser online mula menghadapi kelewatan bayaran kepada para ahli yang pada waktu itu sistem blockchain menghadapi masalah dalam comfirmation Transaction yang mana terdapat lebih 100k transaksi yang belum di sahkan di dalam Blockchain dan menyebabkan transaction fees menjadi tinggi mencecah USD20/transaction berbanding sebelum nya yang hanya pada paras di bawah USD10/Transaction

statistik bitcoin transaction fee

Di sebabkan isu peningkatan transaction fee ini, Laser Online membuat keputusan untuk menghentikan sementara urusan pengeluaran kepada ahli sehingga keadaan kembali stabil.
Untuk pengeluaran di Laser Online, pihak Laser Online tidak mengenakan sebarang fee ke atas ahli, transaction di tanggung sepenuhnya oleh Laser Online dan laser online menggunakan Third Party / Merchant dalam membuat pembayaran kepada ahli dan dalam waktu yang sama, pihak Laser Online sedang menyiapkan projek ICO (Initial Coin Offering / Tawaran Syiling Permulaan) mereka iaitu Laser Coin sebagai alternatif kedua kepada ahli Laser Online dan Pre-ICO akan di lancarkan pada 1 Disember 2017.

Di bawah adalah paparan dan review coin Laser Online daripada ICOreview.site

laser online ICO

Sewaktu post ini di buat iaitu pada 21 November 2017, Laser Online telah mengemas kini akaun ahli dengan feature "Laser Coin Balance" yang mana profit yang diperolehi dalam bentuk USD akan di convert ke dalam bentuk coin atau token.  1 Token = USD5 sebelum pre-ICO

Laser Online ICO

Ini bermakna Laser Online memberi keutamaan kepada ahli Laser Online terlebih dahulu untuk memiliki coin laser ini sebelum Pre-ICO yang mana selepas pre-ICO dan ICO, harga 1 token akan meningkat.. Walaubagaimanapun, kepada ahli yang tidak ingin mengambil bahagian dalam ICO ini boleh mengekalkan profit dalam bentuk USD dan menunggu blockchain fees kembali normal untuk pihak Laser Online Proses permintaan pengeluaran seperti sebelumnya.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ICO laser Online. Sama sama nantikan 1 Disember 2017

***********************************************