Saturday, October 28, 2017

Menjana Pendapatan Dalam Pelaburan Online

Menjana Pendapatan Sampingan Dalam Pelaburan Online

cara buat duit melalui pelaburan online


Apakah maksud pelaburan?
Pelaburan adalah meletakkan satu jumlah wang (modal) di dalam satu satu platform, program atau pembelian aset yang mana wang modal itu tadi akan berganda untuk satu tempoh tertentu.

Terdapat banyak cara, platform atau program yang boleh di sertai untuk menjana pendapatan di dalam dunia pelaburan ini. Ada paltform pelaburan yang di iktiraf, ada pelaburan yang tidak diiktiraf.
Ada pelaburan yang memerlukan modal yang besar ada pelaburan yang memerlukan hanya sedikit modal. Ada pelaburan offline ada pelaburan online.

Walaubagaimanapun, bila bercerita mengenai pelaburan yang sememangnya mampu memberikan pulangan yang tinggi, ianya tidak terlepas daripada risiko kerugian.
Jika tiada risiko, ianya bukanlah pelaburan, tetapi lebih kepada simpanan. Dan sekiranya anda ingin mencuba menjana pendapatan di dalam dunia pelaburan, terlebih dahulu anda perlu bersedia dengan sebarang risiko kerugian. Sekiranya anda tidak sanggup mengalami kerugian, pelaburan bukan tempat anda.

Admin sendiri sewaktu mula mula mengenali dunia pelaburan online ini, admin pernah melakukan kesilapan dan mengalami kerugian beberapa kali. Tetapi dari kesilapan dan kerugian itu, admin belajar bagaimana untuk memilih satu satu program pelaburan, mengurangkan risiko dan seterusnya menjana keuntungan.
Tidak kira apa sahaja jenis pelaburan, ianya bukan hanya sekadar meletakkan modal untuk menjana keuntungan semata-mata, ianya memerlukan penelitian, strategi serta pengurusan kewangan yang baik.

pelaburan online 2017 2018


Pelaburan walaupun ianya kelihatan satu cara yang mudah untuk menghasilkan pendapatan yang mana kita tidak perlu melakukan sebarang pekerjaan untuk menghasilkan wang, tetapi ianya memerlukan sedikit ilmu dan penelitian sebelum membuat pelaburan. Tanpa ilmu dan penelitian, kemungkinan besar anda akan mengalami kerugian.

Antara kesilapan ramai pelabur adalah :

1. Menyertai satu satu program pelaburan hanya berdasarkan potensi pulangan yang bakal di terima tanpa melihat bagaimana company atau program itu menggandakan wang modal anda atau kemana wang modal anda digunakan oleh company atau program untuk membayar keuntungan kepada anda (Core Business)
Tanpa core business, keuntungan anda hanya di bayar menggunakan wang dari pelabur-pelabur baru yang jelas program tersebut adalah program scam atau money game.

2. Membuat pelaburan melebihi kemampuan. Kerana terlalu mengharapkan pulangan yang bakal di terima, ada yang sanggup membuat pinjaman, menjual/menggadai aset untuk di jadikan modal pelaburan. Di dalam pelaburan online yang kebanyakannya tiada jaminan dan tiada hitam putih, pastikan anda hanya melabur menggunakan wang modal yang sanggup anda leburkan. Bukan hanya melihat pada potensi keuntungan.

3. Membuat pelaburan mengikut emosi. Ada pelaburan yang tempoh matangnya pendek dan ada yang tempoh matangnya panjang. Kebiasannya pelabur akan terumpan emosi apabila satu satu program pelaburan itu menawarkan tempoh matang pelaburan yang pendek dimana dari situ, pelabur akan membuat pelaburan dalam jumlah yang besar. Tanpa ada core business, semakin pendek tempoh matang, semakin cepat program pelaburan itu akan 'bungkus'.

4. Membuat pelaburan hanya pada satu tempat. Pelaburan bukan seperti anda menjalankan perniagaan yang memerlukan fokus. Di dalam pelaburan anda perlu mempelbagaikan cabang pelaburan yang anda sertai dari keseluruhan wang yang anda sanggup laburkan. Meletakkan keseluruhan wang hanya pada satu tempat akan meletakkan anda kedalam risiko sekiranya program pelaburan yang anda sertai tidak menjadi. Disini sedikit 'teknik bermain duit' di perlukan.

Blog ini admin hasilkan untuk berkongsi peluang kepada anda anda yang sedang mencari, berminat serta berani untuk mencuba menjana pendapatan melalui medium pelaburan ini khususnya pelaburan online berdasarkan penilaian admin dalam satu satu program pelaburan online yang di kongsikan.

 Motto admin dalam perkongsian program program buat duit online ini adalah
"BUAT DUIT ONLINE
TANPA MENGANIAYA ORANG LAIN"


Moto tersebut dipilih kerana terlalu ramai mereka di luar sana yang admin perhatikan yang terlalu taksub mencari pendapatan sampingan di internet ini dengan hanya tahu mengajak orang lain menyertai program HYIP yang mereka sertai tanpa mengingatkan risiko akan program tersebut terutama program HYIP tanpa mereka sedar keuntungan yang mereka dapat kebanyakkannya daripada modal modal orang bawahan yang teraniaya yang menanggung kerugian.
Mereka yang sudah terbiasa dengan program HYIP mungkin sudah lali timbul tenggelam program program HYIP yang ada di internet. Bagi mereka yang belum terbiasa, jangan terkejut jika pengeluaran anda tidak masuk ke akaun atau wallet sedangkan web program masih berperasi! Modal....? Burn!!

Klik banner di bawah untuk melihat senarai program investment online pilihan admin.

http://1001sumberincome.blogspot.com/2018/09/himpunan-program-kumpul-bitcoin.html

No comments:

Post a Comment

Pengomen Terbaik