Saturday, October 28, 2017

Cara Membeli Bitcoin Dari Luno

Cara Membeli Bitcoin Dari Luno

Setelah anda mempunyai Wallet Bitcoin Luno, langkah seterusnya anda perlu mempunyai Bitcoin anda sendiri.
Di dalam post ini saya akan tunjukkan cara untuk membeli Bitcoin dari Luno.

Ikut langkah langkah di bawah untuk membeli Bitcoin.
Nilai RM di bawah sekadar contoh.

cara membeli bitcoin dari luno

1. Masuk ke Applikasi wallet Luno anda di Handphone. Klik menu "FUND"
2. Pilih dari akaun bank mana anda ingin lakukan deposit tunai. Jika anda pilih CIMB, anda perlu lakukan transfer dari akaun CIMB anda. Jika anda pilih Maybank, anda perlu lakukan transfer dari Maybank anda.
3. Masukkan jumlah wang yang ingin anda transfer ke Luno. Setelah masukkan nilai RM, klik anak panah di sebelah atas kanan berwarna oren.
4. Paparan seperti no 4 akan tertera yang mengandungi maklumat bank Luno, sila lakukan bayaran ke akaun bank yang di berikan secara online transfer. Setelah bayaran di buat, klik "I HAVE SENT THE PAYMENT"
Perhatian : Hanya boleh menggunakan online transfer. Transfer dari ATM atau CDM tidak di terima.
Sewaktu melakukan online transfer, sila pastikan anda memasukkan kod pengesahan yang di berikan kepada anda. Dalam gambar di atas kod pengesahan saya adalah BX58EW54E, setiap orang mempunyai kod yang berbeza. Masukkan kod tersebut di bahagian "Reference" dan "Other Payment Detail" sewaktu membuat online transfer. Kegagalan memasukkan kod ini, wang anda tidak akan di masukkan ke wallet Luno anda.
5. Notification seperti gambarajah 5 akan keluar. Tungu wang anda di masukkan ke wallet Luno anda. Anda akan mendapat email apabila wang anda telah di masukkan ke Wallet Luno anda.

*******************************************************

Setelah wang anda di masukkan ke wallet Luno anda, ikut langkah di bawah untuk membeli Bitcoin. Nilai belian di dalam gambarajah di bawah sekadar contoh.

1. Apabila wang anda telah di masukkan ke wallet Luno anda, anda boleh semak di bahagian "ACCOUNT"
2. Klik menu "BUY"
3. Masukkan nilai RM yang ada dalam wallet Luno anda untuk membeli Bitcoin. Contoh di bawah saya ingin membeli Bitcoin dengan jumlah RM10. Setelah masukkan jumlah belian, klik anak panah berwarna oren.
4. Paparan seperti no 4 akan keluar, klik sekali lagi anak panah berwarna oren.
5. Anda di minta memasukkan 4 digit PIN yang anda set sewaktu login ke app wallet Luno anda.
Sekiranya lupa 4 digit PIN anda, logout app Luno anda dan login semula dan set semula 4 digit PIN anda yang baru)
6. Selesai. Tunggu Tunai anda tadi ditukarkan kepada Bitcoin dan Bitcoin di masukkan ke Wallet Luno anda dan anda boleh membuat pembayaran menggunakan Bitcoin yang anda ada di dalam Wallet Luno anda tadi.

cara membeli bitcoin dari luno


No comments:

Post a Comment