Thursday, December 28, 2017

Kumpul Bitcoin Percuma Di Coinpot

7:25 AM 0

Kumpul Bitcoin Percuma Di Coinpot
(Bitcoin, Bitcoin Cash, Litecoin, Dash, DogeCoin)

Apa itu Coinpot?
Coinpot adalah satu web yang bertindak seperti Multiwallet yang mengumpulkan beberapa Faucet/sumber yang akan memberikan anda coin secara percuma. Terdapat 5 coin yang boleh anda kumpulkan secara percuma seperti di dalam tajuk di atas. Dari web web Faucet ini, coin yang anda dapat secara percuma akan di masukkan ke dalam coinpot dan di kumpulkan di Coinpot mengikut wallet. Apabila anda mencapai mengumpul kuantiti minima coin yang boleh di keluarkan, bolehlah anda keluarkan coin coin tersebut ke wallet peribadi anda.

Kumpul Bitcoin dan altcoin Percuma Di Coinpot

Bagaimana untuk mengumpulkan coin percuma menggunakan Coinpot ini?
Pertama anda perlulah mendaftar terlebih dahulu akaun Coinpot anda disini.
Ikut arahan yang diberikan sewaktu mendaftar.

Setelah anda mendaftar di Coinpot. Daftar pula di setiap web faucet di bawah untuk mendapatkan coin coin percuma anda.

1. Bitcoin

Kumpul bitcoin percuma coinpot



Kumpul bitcoin percuma coinpot



Kumpul bitcoin percuma coinpot


2. Bitcoin Cash
Web Faucet (N/A)

3. DogeCoin

Kumpul Dogecoin percuma


4. Litecoin

Kumpul Litecoin percuma


5. Dash

Kumpul Dash Percuma di Coinpot

Wednesday, December 27, 2017

Bitcoin Percuma Dari BTCClicks

3:41 AM 0
Bitcoin Percuma Dari BTCClicks

Bitcoin Percuma Dari BTCClicks

BTCClicks adalah web yang menawarkan servis pengiklanan tetapi lebih menumpu kepada bidang mata wang digital atau Crypto.
Jika anda mempunyai produk atau program yang melibatkan mata wang digital, bolehlah beriklan di sana. Tetapi jika anda tiada apa apa produk, web BTCClicks tetap berguna kepada anda di mana dari web tersebut anda boleh menjana Bitcoin dengan menjadi Surf Ads.

BTCClicks menggunakan konsep pay per Clicks untuk servis pengiklanan mereka dimana iklan-iklan pengiklan akan di lihat oleh mereka yang mengambil bahagian sebagai Surf Ads dan Surf Ads akan mendapat bayaran dalam bentuk Bitcoin untuk setiap iklan yang di klik dan untuk menjadi Surf Ads tidak memerlukan sebarang bayaran tetapi jika ingin bayaran yang lebih untuk setiap iklan yang di klik, terdapat pakej berbayar iaitu dengan menjadi Premium member. Ahli tidak berbayar di panggil Standard member.

Purata bayaran yang akan di berikan untuk setiap iklan adalah antara 0.00000003 - 0.00000005 Bitcoin. Minima Withdraw adalah 0.0001 Bitcoin.
Normal jika tiada sebarang bayaran untuk pendaftaran, bayaran yang akan di terima tidak lah terlalu besar dan ianya memerlukan sedikit kerajinan. :)
Banyak program yang menawarkan Bitcoin tanpa memerlukan modal tetapi kebanyakannya adalah Scam. BTCClicks telah beroperasi sejak 2013 dan masih membayar sehingga kini.

Klik banner di bawah untuk mendaftar

Bitcoin percuma bukan Scam dari BTCClicks

Tuesday, December 26, 2017

Cara Membeli Coin Selain Bitcoin

4:50 AM 0

Cara Membeli Dan Menyimpan Coin Lain Selain Bitcoin

cara membeli coin lain altcoin selain Bitcoin

Kepada yang masih baru dalam Cryptocurrency atau mata wang Digital terutama di Malaysia, mungkin anda hanya tahu cara untuk membeli Bitcoin dan menyimpannya di LUNO, Coinhako, XBit Asia, PinkExchange dan beberapa lagi (Paling ramai mungkin di LUNO). Ini kerana ke semua Exchanger terbabit membolehkan anda membuat pertukaran Bitcoin ke RM melalui bank di Malaysia.

Bagaimana pula jika anda ingin membeli coin lain selain Bitcoin seperti Ethereum, Litecoin, Doge dan coin coin yang lain?

Salah satu cara adalah menggunakan servis pertukaran coin dari Coinexy.
Di Coinexy anda boleh terus membuat pertukaran coin coin pilihan yang ada dengan tunai (jika ada pembeli atau penjual untuk coin tersebut). Bermakna, jika anda mempunyai coin Litecoin, ingin tukarkan kepada tunai, anda tidak perlu menukarkannya kepada Bitcoin terlebih dahulu.

Di Coinexy, terdapat 4 coin yang boleh di jual beli iaitu Bitcoin, Ethereum, Litecoin dan Doge.
Walaubagaimanapun, di Malaysia, belum ramai yang menggunakan servis pertukaran mata wang digital atau Exchanger Coinexy ini. Hanya ada beberapa individu sahaja yang bersedia untuk membeli dan menjual coin-coin yang di sebutkan di atas. Ini mungkin disebabkan rakyat Malaysia lebih tertumpu kepada Bitcoin dan menggunakan Exchanger LUNO terutama yang baru berjinak-jinak dengan mata wang digital ini.

Exchanger Coinexy tidak banyak berbeza cara membuat pertukaran coin dengan tunai dengan Exchanger Remitano, iaitu kaedah Peer-To-Peer, tetapi Remitano hanya menawarkan tukar beli Bitcoin dan Ethereum sahaja.

Contoh anda ingin membeli coin Litecoin di Coinexy, cara adalah :
1. Login ke akaun Coinexy anda. Daftar jika belum mendaftar. Pendaftaran Coinexy.
2. Klik pada menu "Buy Coin", Pilih "LTC" dan pilih seller yang bersedia untuk menjual Litecoin.

cara membeli coin lain altcoin selain Bitcoin

3. Set jumlah pembelian yang ingin anda beli. PASTIKAN SELLER/BUYER BERSTATUS VERIFIED


cara membeli coin lain altcoin selain Bitcoin

4. Lakukan pembayaran mengikut jumlah bayaran yang di minta. SILA IKUT ARAHAN YANG DI BERIKAN SEWAKTU PROSES TRANSASKSI

cara membeli coin lain altcoin selain Bitcoin

5. Setelah pembayaran di buat, Klik pada butang "Comfirm payment" dan masukkan wallet address anda samaada wallet address di Coinexy atau Wallet Address Litecoin anda.

Untuk menyimpan Litecoin, anda boleh menggunakan wallet dari Coinami yang boleh di download di Google Play

wallet untuk coin litecoin dan altcoin multiwallet

Thursday, December 21, 2017

Masalah Deposit Dan Withdraw Di Luno

11:14 PM 0

Masalah Deposit Dan Withdraw Di Luno

Pada 18 Disember 2017 yang lalu, Luno mengeluarkan notis bahawa mereka sedang menghadapi isu dengan BNM di mana mereka menghadapi masalah untuk urusan keluar masuk wang malalui bank Maybank mereka.

mASALAH DEPOSIT DAN WITHDRAW DI LUNO

Dari masa ke semasa, pihak Luno akan update sebarang progress mereka dengan pihak bank.

mASALAH DEPOSIT DAN WITHDRAW DI LUNO

Bukan sahaja Luno, beberapa exchanger lain yang menyediakan servis tukaran Bitcoin ke tunai direct dengan bank di Malaysia akan menghadapi masalah yang sama.

mASALAH DEPOSIT DAN WITHDRAW DI LUNO

Hal ini bukan bermakna Mata wang Digital atau Bitcoin tidak dapat digunakan di Malaysia, ia hanya sebagai langkah untuk memantau penggunaan mata wang digital Bitcoin ini di malaysia agar lebih telus (Ada 'masuk' = Telus)

Masalah di Luno bukan lah masalah yang membabitkan Bitcoin, Tiada sebarang masalah dalam memindahkan Bitcoin sesama pengguna, ia hanya membabitkan isu di antara pengendali tukaran mata wang digital Bitcoin dengan Bank pusat Malaysia.

Alternatif lain untuk berjual beli Bitcoin di Malaysia

Sesiapa sahaja mampu mendapatkan Bitcoin tanpa bergantung kepada pihak ketiga atau Bank dan sememangnya itu adalah sifat Bitcoin. Selain membeli atau menjual bitcoin menggunakan pihak ketiga seperti Luno, anda masih boleh membeli atau menjual Bitcoin sesama pengguna Bitcoin sesuai dengan harga yang di persetujui. Ada penawaran ada permintaan, deal. Asalkan jangan tertipu. Sentiasa berurusan dengan pihak yang anda percayai seperti rakan rakan atau individu yang boleh anda track identiti mereka.

Selain dari itu, anda masih boleh berjual beli Bitcoin melalui perkhidmatan Remitano.
Remitano bersifat hampir sama dengan LUNO tetapi sedikit berbeza. Jika di LUNO, LUNO yang akan menguruskan transasksi jual beli Bitcoin, deposit ke akaun bank LUNO, dan terima tunai dari bank atas nama LUNO, tetapi di Remitano, transasksi jual beli Bitcoin adalah secara direct antara 2 pihak. Pembeli akan transfer wang ke akaun bank penjual Bitcoin, penjual Bitcoin akan transfer Bitcoin ke wallet Bitcoin Remitano si pembeli. Remitano hanya orang tengah yang mengawal transaksi tersebut agar tiada sebarang penipuan berlaku. Dan untuk memboleh anda membeli atau menjual Bitcoin melalui Remitano, anda perlu memberikan detail detail peribadi kepada pihak Remitano untuk tujuan keselamatan Transaksi in-case berlaku perkara yang tidak diigini.

Di Remitano anda boleh membuat urusan transaksi Bitcoin secara langsung atau secara bidding.

Untuk mendaftar di Remitano, klik link di bawah.


Selepas mendaftar, sila sahkan identiti anda dengan memberikan segala maklumat dan dokumen seperti yang di minta. Selepas identiti anda di sahkan, anda sudah boleh mula membeli dan menjual Bitcoin anda.

Cara membeli Bitcoin di Remitano

1. Cari senarai 'Seller' dan pilih yang anda ingin deal. Senarai paling atas adalah Seller yang paling murah. Pilih 'Seller' yang identiti sudah di verified untuk keselamatan. Contoh list 'Seller' seperti di bawah

ALTERNATIF LAIN JUAL BELI BITCOIN SELAIN LUNO REMITANO

2. Setelah anda memilih siapa 'Seller' yang ingin anda berurusan, lakukan bayaran ke akaun bank 'Seller' tersebut mengikut kuantiti yang ingin anda beli dan harga yang telah di tetapkan dan tunggu Bitcoin di pindahkan ke Wallet Bitcoin anda atau Wallet Bitcoin Remitano anda seperti yang anda set.

ALTERNATIF LAIN JUAL BELI BITCOIN SELAIN LUNO REMITANO

Cara Menjual Bitcoin Di Remitano

Jika anda ingin menjual Bitcoin anda pula, anda cari dan pilih list 'Buyer' yang sudah bersedia untuk membeli Bitcoin anda. Klik pada 'Buyer' yang ingin anda jual bitcoin anda dan QR Code wallet 'Buyer' akan di berikan. Transfer Bitcoin anda ke wallet Address 'Buyer' dan tunggu 'Buyer' Transfer duit ke akaun bank anda. Pastikan anda telah set akaun bank anda di dalam akaun Remitano anda.

ALTERNATIF LAIN JUAL BELI BITCOIN SELAIN LUNO REMITANO
Kekurangan Remitano dari LUNO adalah ada had minima untuk jual dan beli Bitcoin dari setiap penjual/pembeli yang telah mereka set berbanding di LUNO.


ICenter Bertambah Mantap Dengan Litecoin BOT

7:49 PM 0

ICenter Membuka Peluang Pelaburan Baru Dengan Litecoin

Sewaktu post ini di tulis, Icenter telah pun beroperasi selama 5 bulan iaitu bermula pada julai 2017.
Selama 5 bulan tiada sebarang masalah yang timbul, dan sekiranya ada sebarang permasalahan tidak kira dari pihak Icenter atau pelabur, masalah tersebut segera di selesaikan di tambah dengan Support team yang cekap.

Admin yakin dengan program ICenter kerana konsep yang mereka bawakan iaitu dengan membuat menyertai pelbagai pelaburan untuk mengurangkan risiko kerugian. Buktinya sehingga kini Icenter masih bertahan malah semakin mantap dengan platform baru pelaburan mereka iaitu Litecoin Bot yang mula di buka kepada umum bermula 20 Disember 2017

Icenter Litecoin BOT Launched

Apa yang menarik pada pandangan admin adalah, keputusan ini berdasarkan permintaan dan pandangan para pelabur mereka sendiri. Bermaksud Icenter tidak mengenepikan pandangan para pelabur dan beranggapan pelabur adalah penting buat mereka.



Dan tujuan Icenter mewujudkan Litecoin Bot ini adalah untuk mengatasi isu transaction fee yang terlalu tinggi dengan Bitcoin yang mencecah lebih RM50 atau USD11 untuk sekali transaksi.

bITCOIN TRANSACTION FEE

Dan kenapa Litecoin yang di pilih?? Bukan altcoin yang lain? Ini kerana Litecoin bakal meroket!
Klik gambar di bawah untuk membaca

harga litecoin bakal naik

Jika dengan Bitcoin BOT, ICenter memberikan 1.2% profit sehari untuk tempoh 120 hari.
Dengan Litecoin BOT, profit yang akan anda terima adalah 1.4% sehari untuk tempoh 99 hari.

Minima modal adalah 0.1 Litecoin, harga semasa waktu post ini di buat adalah USD33 @ RM135 mengikut harga C-Cex Exchanger. Minima Withdraw adalah 0.1 Litcoin

Cara membeli Litecoin

Untuk bonus penajaan, ICenter akan membayar bonus penajaan sehingga 3 level iaitu
Level 1 - 10%
Level 2 - 3%
Level 4 - 1%

*************************************

Sempena pelancaran Litecoin BOT, ICenter membuat promosi kepada sesiapa yang membuat pelaburan baru di dalam Litecoin BOT. Rujuk gambar di bawah untuk promosi Litecoin.

Invest 0.1 - 0.49 Litecoin, percuma USD5 modal dalam bentuk Litecoin
Invest 0.5 - 0.99 Litecoin, percuma USD50 modal dalam bentuk Litecoin
Invest 1 - 3.99 Litecoin, percuma USD260 modal dalam bentuk Litecoin
Invest 4 - 9.99 Litecoin, percuma USD575 modal dalam bentuk Litecoin
Invest 10 - 29.99 Litecoin, percuma USD1650 modal dalam bentuk Litecoin
Invest 30 - 49.99 Litecoin, percuma USD5400 modal dalam bentuk Litecoin
Invest 50 - 99.99 Litecoin, percuma USD12K modal dalam bentuk Litecoin
Invest 50 Litecoin dan ke atas, percuma USD26K modal dalam bentuk Litecoin

Promosi berlansung sehingga 27 Disember 2017 23:59 waktu UK.

*************************************************

Untuk menyimpan Litecoin, anda boleh menggunakan Wallet Coinami dengan mendownload dari Play Store atai Google Play atau mendownload wallet Litecoin dari web Litecoin.com (Desktop Wallet)

Untuk mendaftar Litecoin BOT Icenter, klik link di bawah. Pastikan anda sudah mendownload Telegram di Komputer/Laptop/Handphone anda sebelum klik.



Sunday, November 26, 2017

ICenter | Pelaburan Serampang 2 Mata

7:22 AM 0

ICenter | Pelaburan Serampang 2 Mata

Sebelum ini admin dah menceritakan tentang konsep pelaburan ICenter disini dan keunikan program ICenter disini. Kali ini admin akan ceritakan 1 lagi kelebihan membuat pelaburan bitcoin di ICenter ini.

Di ICenter, pembayaran modal pelaburan, profit dan pengeluaran menggunakan Bitcoin.

Modal pelaburan : Modal pelaburan adalah dalam bentuk Bitcoin iaitu minima 0.01 Bitcoin yang mana bila anda ingin melabur, Wallet Address ICenter akan di berikan melalui BOT Telegram ICenter anda.


Profit yang di masukkan ke akaun ICenter anda juga adalah dalam bentuk Bitcoin iaitu 1.2% sehari daripada modal Bitcoin anda. Jika modal anda 1 Bitcoin, profit anda sehari adalah 0.012 Bitcoin.


Apabila anda ingin membuat pengeluaran, juga menggunakan Bitcoin. Minima pengeluaran adalah 0.01 Bitcoin.

Seperti yang kita semua telah maklum bahawa harga bitcoin adalah tidak tetap, ada turun naik (cenderung menaik). Di ICenter, transaksi di kira berdasarkan bitcoin, bukan USD. Di sinilah kelebihan program pelaburan online ICenter ini.

Apa kelebihannya dan apa yang di maksudkan dengan serampang 2 mata?

Katakan anda join ICenter pada 1 November 2017 dengan modal 1 Bitcoin sebagai contoh.
Pada 1 November 2017, 1 Bitcoin bernilai USD6560


Setiap hari anda akan mendapat profit dalam bentuk bitcoin. Sehari 0.012 Bitcoin selama 120 hari daripada modal 1 Bitcoin anda.

Katakan pelaburan tamat Pada 25 November 2017 (contoh), nilai 1 Bitcoin telah mencecah USD8690 Bitcoin


Pada 25 November 2017 beranggapan pelaburan telah tamat dan total bitcoin yang telah anda miliki di dalam pelaburan bitcoin ICenter ini adalah 1.44 Bitcoin termasuk modal.

Disini anda mendapat 2 keuntungan.
1. Keuntungan atas kenaikan harga Bitcoin
2. Keuntungan atas kuantiti Bitcoin.

Keuntungan atas kenaikan harga bitcoin di mana pada waktu anda menyertai ICenter 1 Bitcoin bernilai USD6560, Sewaktu pelaburan anda tamat dan anda dapat semula 1 Bitcoin anda, pada waktu tersebut 1 Bitcoin telah meningkat kepada USD8690, disini keuntungan atas harga Bitcoin sahaja adalah sebanyak USD2130

Keuntungan atas kuantiti pula, di ICenter dari 1 Bitcoin, kini anda telah mempunyai 1.44 Bitcoin
Yang mana 1.44 Bitcoin bernilai USD12,513 jika 1 Bitcoin bernilai USD8690.

Modal asal dalam tunai adalah USD6560... selepas 120 hari dapat 1.44 Bitcoin senilai USD12,513.

Inilah yang di maksudkan serampang 2 mata. Untung atas kenaikan harga dan kuantiti bitcoin.

*********************************

Pengiraan dan tarikh di atas hanya sebagai contoh untuk memudahkan pemahaman.
Jika hanya di lihat pada kenaikan harga Bitcoin, 120 hari adalah 1 tempoh yang mana akan berlaku banyak kenaikan harga dalam Bitcoin.

Klik banner di bawah untuk mendaftar (Pastikan anda sudah mendownload Telegram) atau hubungi admin melalui Chat Box jika ada sebarang pertanyaan

jana bitcoin dengan iCenter

Apa Itu ICO

12:06 AM 0

Apa Itu ICO | Initial Coin Offering

ICO adalah singkatan kepada Initial Coin Offering atau dalam bahasa melayu Penawaran Awal Coin/Syiling dan semesatinya ianya merujuk kepada coin atau syiling dan dalam matawang digital ianya merujuk kepada Altcoin. Hampir sama seperti IPO, Initial Public Offering tetapi IPO merujuk kepada pemilikan saham sesebuah syarikat. Konsep asas ICO dan IPO hampir sama iaitu membeli pada waktu harga rendah, dan menjualnya pada waktu harga tinggi.

Pada hari ini jika anda perasan, terdapat banyak ICO ICO yang di tawarkan, hampir setiap hari ada sahaja ICO untuk coin atau mata wang digital baru yang di keluarkan oleh developer atau pembangun mata wang digital tersebut.

ICO pertama yang di tawarkan adalah pada tahun 2013 iaitu coin MasterCoin (OMNI).
Coin Ethereum adalah coin yang paling berjaya dalam penawaran ICO nya sewaktu kemunculannya yang mana pada hari ini (sewaktu post ini ditulis) harga Ethereum telah mencatat harga USD454.43 atau 0.05029430 coin. Sewaktu ICO untuk coin ethereum ini di tawarkan, harganya kurang dari USD5 per coin.

Apa maksud ICO initial coin offering

Apa tujuan ICO?


ICO kebiasaannya di tawarkan oleh developer satu satu coin cryptocurrency tersebut untuk mendapatkan dana bagi mengembangkan projek yang akan di jalankan ke atas coin crypto yang mereka hasilkan.

Apa Keuntungan ICO?


Bagi para developer, melalui ICO mereka dapat mengumpulkan dana dari penjualan coin mereka yang mana dana tadi akan di gunakan untuk projek projek coin mereka. Katakan sewaktu ICO, jumlah coin yang ditawarkan adalah 50,000 coin pada harga USD1 per Coin, jika kesemua coin tersebut di beli sewaktu ICO, berapakah dana yang dapat di kumpulkan oleh developer? USD50,000

Bagi para pembeli atau pelabur coin tersebut yang membeli sewaktu ICO, mereka akan mendapat keuntungan dari segi kenaikan harga coin tersebut apabila coin tersebut telah masuk ke dalam market atau Exchanger. Dalam contoh Ethereum, seawal kemunculannya pada tahun 2015, harganya kurang dari USD5, sekarang harga 1 coin Ethereum mencecah USD454. Jika sewaktu ICO, seseorang itu membeli 100 coin Ethereum pada waktu ICO dan menyimpannya hingga ke hari ini. Berapakah keuntungan yang telah di jana? 2015 - 2017.. hanya 2 tahun.

Sebab itu jika hari ini, terdapat banyak ICO ICO yang di tawarkan ke atas coin coin baru yang di hasilkan dan mereka yang tahu tentang ICO akan berebut rebut untuk mendapatkan coin tersebut sewaktu ICO di lancarkan.

Apa Risiko ICO

Di sebalik keuntungan yang bakal di perolehi dari ICO, ianya mengandung risiko yang amat besar kepada para pelabur. Salah satu risiko nya adalah SCAM. Di dalam ICO, pelabur akan menyerahkan wang atau bitcoin atau dana kepada developer tersebut dengan harapan harga coin tersebut akan naik, seandainya developer tersebut berniat untuk melakukan SCAM, pelabur akan alami kerugian 100% ke atas coin tersebut tanpa ada sebarang projek yang di jalankan ke atas coin tersebut. Umpama membeli coin yang tiada nilai.

Untuk mengelakkan SCAM, adalah penting untuk menilai satu satu coin yang di tawarkan sewaktu ICO, kebiasaanya segala ciri-ciri coin, hala tuju coin, objektif penghasilan coin, siapa developer coin akan di ceritakan di dalam 'WhitePaper'

Bagaimana untuk mengetahui ICO ICO yang sedang di tawarkan dan bagaimana untuk menilai coin tersebut? Anda boleh layari web ICOreview, ICO-List dan beberapa lagi.

*********************************************

Post ini adalah rentetan daripada program Laser Online yang mana pada waktu in, proses withdraw di hentikan sementara untuk Laser Online fokus di dalam ICO yang akan mereka lancarkan pada 1 Disember 2017

Apa itu ICO


Thursday, November 23, 2017

BNM Mengawal Selia Mata Wang Digital

7:49 AM 0

Bank Negara Malaysia Bakal Mengawal Penggunaan Mata Wang Digital

Bank Negara Malaysia Mengawal Penggunaan Mata Wang Digital Crytocurrency


KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) sudah melaksanakan kerja asas bagi pembangunan struktur pengawalseliaan untuk mata wang digital.

Gabenor BNM, Tan Sri Muhammad Ibrahim, berkata mulai tahun depan, bank pusat itu menetapkan entiti yang menukar mata wang kripto kepada mata wang tunai akan termaktub di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

"Langkah ini bagi mengelakkan penyalahgunaan sistem untuk aktiviti jenayah dan menyalahi undang-undang, selain memastikan kestabilan serta integriti sistem kewangan.

"Kita harus bersiap sedia kerana banyak pakar dan mata wang digital akan menjadi satu norma kepada kehidupan kita.

"Kemunculan mata wang digital seperti yang dijangkakan dianggarkan oleh beberapa pihak akan menandakan permulaan era baru dalam sektor kewangan.

"Sebagai pihak berkuasa, kita menyedari perkembangan ini," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Kemuncak Anti-Pembiayaan Keganasan ke-Tiga, di sini, hari ini.

Persidangan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Yang turut hadir, Menteri Kehakiman Australia, Michael Keenan serta Menteri Koodinator Politik, Undang-undang dan Keselamatan Indonesia, Wiranto.

Sumber
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/11/353854/struktur-kawal-selia-mata-wang-digital-bnm

****************************************

Amacam? BNM mula nak mengawal selia penggunaan mata wang digital?
Apakah akan ada masalah dalam penggunaan mata wang digital ini atau lepas ni dah tak boleh sewenang wenangnya menggunakan mata wang digital ini?

Akhir akhir ni je BNM sibuk nak pantau penggunaan mata wang digital atau Crytocurrency ni sebab penggunaan dia makin lama makin meluas dan dah ramai rakyat malaysia yang buka mata tentang mata wang digital crytocurrency ni dan kadang kadang pening dengan keputusan BNM ini. Sekejap boleh guna, sekejap salah, sekejap scam, sekejap itu sekejap ini..

Memang betul ada juga keburukan Mata Wang Digital ini, tetapi ada juga kebaikannya.
Bagi pihak BNM, mereka lihat penggunaan Mata Wang Digital Cryptocurrency ni memang perlu di pantau lah kerana penggunaan dia turut melibatkan wang fiat sebab di penghujung penggunaan mata wang digital ini, tetap kena tukar dengan wang fiat sebab penggunaan mata wang digital ini dalam urusan jual beli belum meluas.

Yang BNM nak pantau bukannya mata wang digital tu, tapi keluar masuk wang fiat dalam penggunaan mata wang digital ini, sebab itu penggunaan mata wang digital ini atau penukaran mata wang digital ini di letakkan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.

Yang menjadi masalah nya adalah penggunaan Mata Wang Digital ini tidak dapat di kesan.
Wang fiat mengalir ke mata wang digital ini, tetapi mata wang digital tu tak tau mengalir ke mana, apa tujuan trasasksi mata wang digital tersebut di lakukan. Jual beli dadah ke? Beli senjata ke? Derma ke? hehe... Memang tak dapat track transasksi mata wang digital ini. Bila tak dapat track dan tak tau mata wang digital itu mengalir ke mana, jadi BNM tak leh 'makan' ler? Cukai derrrrr...
Nak cukai, cukai atas apa??

Jadi macam mana BNM nak pantau dan "makan" sikit dari penggunaan mata wang digital ni??
Nin diaaaa.... hahaha... 

Bank Negara Malaysia Mengawal Penggunaan Mata Wang Digital Crytocurrency

Walaubagaimanapun..... Dalam penggunaan mata wang digital cryptocurrency ini, banyak je cara nak tukarkan mata wang digital ini kepada tuani atau wang fiat tanpa melalui BNM. hehehe...

Betul la mengawal selia penggunaan mata wang digital ni perlu juga...
Untuk menjaga ekonomi negara juga dari ketirisan fiat..
Tapi rakyat pun nak menumpang sikit peluang buat duit dengan Mata Wang Digital ni...
Bukan semua rakyat Malaysia senang... Baru nak senang, kena hadap cukap pula.. Hhuhuhu...
Selagi boleh kikis, kikis sampai habis... hehe

Alasan penggubahan wang haram, Pembiayaan Keganasan, Aktiviti Haram tu...
Dalam penggunaan wang fiat pun berlaku benda benda tu... Alasan tu tak logik. :)

Tak perlu takut untuk mendalami teknologi kewangan baru ini juga tak perlu takut untuk memilikinya selagi tak buat kesalahan dalam penggunaannya... :)

Wednesday, November 22, 2017

Keunikan Pelaburan Bitcoin ICenter

3:38 AM 0

Keunikan Pelaburan Bitcoin ICenter

Sewaktu admin menulis post ini, admin ada menyertai 2 lagi pelaburan online yang lainnya iaitu Laser Online dan Chain Group Escrow Service dan di antara ke tiga tiga pelaburan online bitcoin ini, ICenter adalah perlaburan yang terbaik, paling transparent, dan unik berbanding Laser Online dan Chain Group Escrow Service. Boleh lihat serba sedikit penerangan tentang ICenter di post ini.

Di ICenter, risiko untuk mengalami kerugian adalah sangat minima jika di lihat pada
konsep pelaburan yang mereka bawakan kerana ICenter yang bertindak sebagai orang tengah di antara projek projek pelaburan yang mereka sertai dengan para pelabur dan mereka melabur lebih dari 30 projek pelaburan yang sememangnya dapat memberikan keuntungan. Senadainya ada projek yang tidak menjadi, ICenter masih mempunyai backup di dalam projek projek lainnya. Ini keunikan ICenter berbanding program pelaburan online bitcoin yang lain yang hanya bergantung pada 1 projek atau program itu sendiri.

Itu keunikan pertama yang ada pada ICenter.. Keunikan kedua adalah... ICenter sering membuat promosi atau memberikan bonus kepada para ahlinya.

Antara promosi yang pernah mereka berikan adalah :




Sewaktu post ini di tulis, promosi yang sedang berjalan adalah Give Away USD5000 dan Bonus atas modal pelaburan sehingga USD10K



Untuk promosi USD5000 Give Away ini, pihak ICenter meminta ahli like komen, dan share post mereka di FB Page mereka dan mereka akan memilih secara rawak untuk memenangi hadiah USD100 :)




Untuk promosi Bonus atas pelaburan ini pula adalah mana mana ahli yang membuat pelaburan dari tarikh promosi sehingga 23 November 2017 waktu UK :)

Lihat bukti di bawah



salah seorang rakan admin dapat bonus USD50.. :)


Di antara ICenter, Chain Group dan Laser Online, admin sangat recommend ICenter :)

jana bitcoin dengan iCenter

Tuesday, November 21, 2017

Ketelusan Program Pelaburan Chain Group

10:13 PM 0

Chain Group
Program Pelaburan BitcoinYang Boleh Di Percayai

Sebelum ini saya ada menerangkan sedikit mengenai program pelaburan online Chain Group Escrow Service yang telah pun berjalan sejak Disember 2016 dan masih berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah sehingga sekarang yang sudah hampir setahun sewaktu post ini di tulis.
Dan sekiranya ada sebarang masalah, pihak Chain Group Escrow Service akan maklumkan kepada para pelabur mereka.

Jika di lihat sekilas pandang pada web program Chain Group Escrow Service ini, web mereka tersangat simple tetapi penuh dengan maklumat dan detail tentang program yang di jalankan, boleh rujuk post saya disini tentang beberapa maklumat yang di berikan oleh pihak Chain Group Escrow Service kepada para pelabur.  Tidak seperti program program pelaburan online yang lain yang hanya gah dari segi web design tetapi dari segi maklumat program hanya sekadar melepas batuk di tangga.

Mengapa saya katakan pelaburan Online Chain Group Escrow Service ini telus..??
Salah satu nya adalah mereka memberikan maklumat berkenaan program ini dengan sangat detail. Boleh lihat di bahagian "Term of Service" di web Chain Group.

Keduanya dari yang dapat saya perhatikan, jika ada sebarang masalah atau perubahan atau apa apa maklumat baru, pihak Chain Group Escrow Service akan maklumkan melalui akaun Twitter mereka. Sebagai contoh... pernah satu ketika pihak Chain Group mengalami sedikit masalah dengan Merchant pembayaran iaitu CoinPayment, pihak Chain Group tanpa selindung selindung menceritakan masalah yang di alami dan memperbaiki kelemahan tersebut dengan menukar merchant pembayaran.


pelaburan bitcoin online terbaik

Begitu juga sewaktu isu kelewatan pembayaran...

pelaburan bitcoin online terbaik
pelaburan bitcoin online terbaik

Sewaktu sistem blockchain ada gangguan pada bulan November 2017 baru baru ini, pihak Chain Group Escrow Service telah memaklumkan dan mengingatkan kepada para pelabur bahawa profit yang bakal di terima mungkin akan mengalami kekurangan tidak seperti kebiasannya dan pada waktu tersebut, sememangnya sistem blockchain mengalami gangguan di mana harga bitcoin merudum jatuh, jumlah 'Uncomfirm Trasaction' yang meningkat, transaction fee yang meningkat yang sedikit sebanyak menggangu bitcoin trading pihak Trader Group.

pelaburan bitcoin online terbaik
pelaburan bitcoin online terbaik


Ini lah yang saya maksudkan dengan ketelusan.

Selama saya berada di dalam pelaburan online bitcoin Chain Group Escrow Service ini, tiada lagi sebarang masalah yang menyulitkan... Jika ada, akan segera di selesaikan dan sebarang update akan di berikan.

Anda rasa mengapa mereka ini berani melabur dengan sebegitu banyak di Chain Group Escrow Service?

pelaburan online bitcoin Chain Group Escrow Service tipu

Jawapannya ada disini


Santai Minda